Kali ni matdin nak letak satu post yang matdin ambil daripada blog matdin yang satu lagi berkenaan cara-cara membuat banner animation ataupun gambar bergerak yang berformat gift dengan menggunakan adobe photoshop. Cara-caranya memang mudah kalau semua arahan diikut dengan betul.
Sebenarnya matdin bukan pandai sangat menggunakan adobe photoshop tetapi tutorial yang matdin buat ni berdasarkan apa yang matdin tahu je. Jadi caranya memang simple dan mudah sahaja.
Untuk post kali ini, matdin nak buat satu tutorial macam mana nak buat banner animation. Sebenarnya matdin pun baru je belajar adobe photoshop ni dan masih banyak lagi yang tak tahu, sekadar berkongsi apa yang termampu sahaja dan sebagai rujukan pada masa hadapan hehe..
antara langkah-langkahnya ialah:
1. Masuk adobe photoshop dan amik new seperti dalam gambar dibawah ni
2. Pilih mana-mana gambar yang korang nak buat sebagai background dan tekan ikon text seperti dalam gambar untuk buat tulisan.
3. Buatkan dua perkataan pada layer yang berlainan seperti dalam gambar dibawah dan tiga layer akan terhasil secara automatik (untuk contoh banner seperti diatas sahaja). Kalau korang nak buat banyak animation tambah sahaja layer apa yang korang nak tulis
4. Selepas tu korang masukkan bahagian benda macam toolbar jugak tetapi untuk membuat animation seperti dalam gambar kat bawah ni ha..
5. Dan hasilnya akan keluar satu kotak frame seperti dibawah.
6. Duplicate frame tersebut mengikut bilangan animation yang korang nak buat hehe.. seperti banner ini cuma ada tiga animation sahaja.
7. Selepas tu klik pada frame pertama dan klik pada gambar mata pada layer banner dan juga layer animation supaya kedua dua tulisan tersebut hilang.
8. Seterusnya klik pada frame kedua dan buka mata pada layer banner
9. Selepas itu klik pada frame yang ketiga dan bukak mata pada layer banner dan layer animation.
10. Seterusnya setkan masa pada frame pertama sehingga frame terakhir.
11. Seterusnya klik pada menu file dan pilih save for web & device.
12. Klik pada butang save pada sebelah atas penjuru kanan.
13. save kan pada mana-mana tempat yang korang suka.
Harap tutorial ni dapat membantu kawan-kawan yang baru nak belajar cara-cara membuat banner animation dengan adobe photoshop. Untuk tutorial ni saya menggunakan adobe photoshop cs3
Buat Banner Animation Dengan Adobe Photoshop
Tuesday, 23 November 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
wah! nice! tengah cari yang ni ler..hehe
wah!! bagusla tu.. matdin pun buat untuk matdin punye je.. hehe... bar belajarlah katakan hehe..
matdin...exam start bile nih? hahahaa
jumaat ni hehehe...
huhuhuhu
@Firdanifirdani habis exam dah ke? hihihi..
Post a Comment