Kat sini saya nak kongsikan kepada semua orang yang sudi melawat blog saya yang tidak seberapa ni dan ini cumalah pandangan saya sahaja dimana ramai blogger yang melakukan blogwalking dengan tidak meninggalkan link address pada nama tu. Jadi ini akan menyusahkan blogger lain untuk membalas kunjungan tersebut dimana mereka ni tidak dapat masuk blog yang tidak mempunyai link address pada shoutmix atau cbox..
Saya ingin memohon maaf jika luahan daripada hati saya ni ada manyinggung mana-mana pelawat sebab mungkin saya tidak membuat kunjungan balik pada blog korang sebab ada antaranya yang tidak mempunyai link, jadi saya tidak tahu macam mana nak balas balik. Pada pelawat saya yang meletakkan link nama dengan betul itu tidak menjadi masalah untuk saya membuat kunjungan balik dan jika ada tersilap ejaan seperti blogspot tu tertinggal huruf tu menjadi seperti blogpot, yang itu saya masih boleh balas. :D..
Mungkin perkara ini juga terjadi kepada blogger lain yang tidak tahu link address pelawat mereka. Setakat ini itu sahaja lah yang saya nak luahkan daripada hati saya ni sebab saya tidak boleh membalas semua kunjungan kerana masalah seperti ini..
sekian terima kasih sebab sudi lawat blog saya hehe..
p/s tolong letakkan link nama dengan betul pada shoutmix atau cbox atau komen sebab jika anda tidak meletakkan link anda tu maka anda telah melakukan perkara yang merugikan sebab pelawat yang tidak mengenali anda dan tidak tahu alamat anda sukar untuk menjejaki anda kembali (cewahh!!!) haha....