Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Tuesday 31 August 2010

Salam.. Hari ni matdin nak ucapkan selamat menyambut hari merdeka kepada yang merasakan dirinya sudah merdeka hehe.. Setelah bersusah payah perwira-perwira negara berjuang untuk membebaskan negara kita pada masa dahulu sehinggalah sekarang, negara kita sudah banyak berubah jika nak dibandingkan ketika sebelum merdeka dahulu.

Walaubagaimanapun, diharapkan generasi pada masa kini tidak melakukan sesuatu yang boleh memudahkan negara kita dijajah kembali. Tetapi, walaupun negara kita sudah dikatakan negara yang merdeka, sebenarnya negara kita telah dijajah kembali dengan cara lain. Cuba tuan-tuan dan puan-puan perhatikan keadaan sekeliling kita.

Apabila kita pergi kepusat membeli-belah dan kita lihat daripada pakaian sahajalah tak termasuk dari aspek pergaulan dan macam-macamlah. Kalau diperhatikan cara pemakaian kaum yang telah dijajah sebelum merdeka sudah cukuplah untuk membuktikan bahawa negara kita telah dijajah dengan cara lain. Kebanyakan golongan ramaja (warga tua pun ada juga) memang suka memakai pakaian mengikut orang barat terbuka sana terbuka sini. Tapi bila kena skodeng mesti diorang marah. Itu yang matdin rasa pelik haha.. Tengok gaya macam nak tunjuk je tapi bila orang tengok lain pulak jadinya..

bagi matdin, sebenarnya negara kita telah dijajah kembali dengan cara yang lain. matdin pun rasa ramai yang perasan pasal benda tu.

0 comments: