Nampaknya apa yang matdin rancangkan sebelum ni tak menjadi disebabkan faktor-faktor tertentu seperti kesibukan dan sebagainya. Walaubagaimanapun matdin tak boleh nak salahkan masa untuk kerja-kerja lain jugak sebab apa yang penting perancangan kita untuk melakukan sesuatu.
Untuk perenggan pertama mesti korang fikir apa yang matdin merapukan? hehe.. yang tak fikir macam tu terima kasih hahaha.. Mari sini dekat-dekat matdin nak ceritakan satu benda ni. Dulu matdin memang gunakan platform blogspot untuk berblog ni tapi sekarang sudah hampir setahun matdin guna wordpress. Untuk tengok blog wordpress matdin korang boleh tengok kat sini.
selepas buat eksperimen berkenaan dengan trafik ni, matdin rasa macam lebih kurang jer kalau rujuk pada statistik dalam akaun nuffnang tu. Pada mulanya platform blogspot masih lagi menunjukkan hasil yang baik dan wordpress pun baru nak menunjukkan hasil. Tapi apa yang matdin rasa bosannya ialah kat blog wordpress matdin masih tak dapat-dapat lagi buffered earning ni sehingga sekarang dan blog serbaguna ni masih mendapat buffered earning walaupun sudah lama ditutup ni hehe..
Jadi buat masa sekarang ni, matdin rasa blog serbaguna ni masih lagi memberi manfaat kepada matdin dan tak sampai hati rasanya untuk matdin tinggalkan begitu sahaja. Sekian sahaja daripada matdin untuk hari ini. Sekian..
0 comments:
Post a Comment