Downgrade Windows 7 to Windows XP

Thursday 28 July 2011

install windows xp, cara format laptop, cara install windows xp pada laptop cq40, cara install windows xp pada mini hp 210, driver sata ahci untuk cq40, driver sata ahci untuk mini hp 210, downgrade windows seven kepada windows xp, downgrade windows vista kepada windows xp. format windows xp, cerita blue screen, cara ubah sata kepada ata, cara disablekan sata, install windows dengan pendrive, install windows xp dengan pendrive


Komputer zaman dulu dengan komputer zaman sekarang ni memang sudah jauh berbeza huh!!!. Kalau komputer zaman dulu memang senang sangat nak install windows xp. Kena-kena tak payah susah-susah nak install driver sebab sumenya dah ada. Bila komputer dah upgrade sikit dah menggelabah nak cari mana driver tu padahal semua dah ada dalam cd tu haha..

Kalau setakat nak install driver dari cd tu memang tak ada masalah la rasanya tapi bila laptop yang terbaru muncul makin susah pulak jadinya bagi yang newbie macam matdin ni. Firstime matdin rasa susah sangat masa cuba install windows xp pada laptop kawan yang xde cd driver ni. Matdin Cuba jugak buat tapi guna cd driver untuk pc lain la, nasib baik menjadi hehe..

Bila muncul masalah lain lak, masalah driver macam jadi masalah nombor 2 lak sebab masalah baru memang lagi susah bagi matdin. Semasa guna laptop Compaq CQ40, driver untuk bunyi memang bermasalah dan sangat susah nak cari driver bunyinye bagi matdin tapi masih macam masalah nombor 2 hehe.. Yang paling susah bagi matdin bila nak install windows xp tapi hardisk lak tak support. Asyik-asyik keluar blue screen.

Berkenaan dengan cerita blue screen ni, matdin terpaksalah cari cara nak install jugak windows xp ni kat laptop compaq ni tapi apa yang matdin jumpa kita kena masukkan driver sata ahci yang sesuai dengan laptop kita kat dalam cd tu. Macam mana nak cari yang sesuai tu mungkin kena cari dekat website syarikat yang buat laptop tu hehe..

Untuk masukkan sata tu dan jadikannya bootable, kita kena gunakan nlite dan lagi satu software matdin dah lupa namanya hehe.. Rasanya mungkin ada banyak lagi software seperti tu kalau search kat google tu hehe. Selepas tu burn image tersebut kedalam cd yang digunakan untuk format dan akhirnya berjaya jugak matdin install windows xp kat laptop CQ40 ni hehe..

Walaubagaimanapun, sudah banyak windows xp yang dilengkapi dengan driver tersebut dan tak payah susah-susah lagi untuk slipstream driver tersebut kedalam cd. Untuk sesetengah laptop atau pc, jika blue screen terjadi semasa proses menginstall windows xp, korang boleh mengubah SATA kepada ATA dan ada juga orang cakap disablekan saja sata tu dekat BIOS dan selepas tu boleh install windows xp seperti biasa.

Tapi matdin rasa bukan semua laptop kita boleh tukar benda tu sebab untuk laptop CQ40 matdin tak pernah jumpa lak benda tu masa nak install windows xp dal untuk disablekan sata untuk mini hp 210-1073tu matdin tak jumpa. Jadi terpaksalah matdin cari driver sata untuk masukkan kedalam pendrive bersama image sebab mini hp 210-1073tu takde cd drive, jadi terpaksalah gunakan pendrive haha..

2 comments:

Trick DRNet said...

Hebat !!
Nak mendalami ilmu Komputer ??
Lawat blog ni..

http://hackersmode.blogspot.com

matdin said...

wahh.. tq..