Cara Nak Dapatkan Buffered Earning

Sunday, 8 August 2010


Sebenarnya sebelum ni matdin telah menerima beberapa pertanyaan berkenaan dengan buffered earning. Oleh itu matdin telah menjawab beberapa pertanyaan diorang pada shoutmix diorang jugak. Tetapi mungkin ada yang matdin terlepas pandang dan matdin ingin memohon maaf kepada rakan blogger yang bertanya tetapi matdin balas dengan cara lain, maklumlah kadang-kadang matdin ni guna ayat copy paste je masa balas kunjungan kat shoutmix tu.

Kali ini matdin nak berkongsikan dengan semua orang apa yang matdin usahakan untuk mendapatkan buffered earning ni daripada nuffnang dengan rakan blogger dan juga kepada pembaca. Sebenarnya kejadian ini berlaku ketika matdin cuti semester (ayat skema tu) hehe..

Semasa cuti semester hari tu, matdin cuba blogwalking untuk mendapatkan UV iaitu unique visitor minimum sebanyak 200 sehari. Matdin ada jugak main tukar-tukar templete dan cuba belajar edit-edit templete hehe... Setelah lebih kurang tiga minggu matdin stabilkan trafik sebanyak 200 UV sehari, tapi masih tak dapat buffered earning. Matdin tak puas hati dan terus hantar tiket(tanya nuffnang) kenapa masih tak dapat buffered earning ni. Tak lama kemudian pihak nuffnang telah balas tiket matdin dan bagitahu bahawa iklan buffered earning tu bergantung kepada mana-mana syarikat yang berminat dengan blog kita ni.

Selepas menghantar tiket tu dan setelah menerima jawapan daripada nuffnang tu, tiba-tiba matdin ternampak satu iklan yang asyik muncul je. Iklan tu ialah iklan celcom dan itulah buffered earning pertama matdin hehe.

Selepas tu matdin cuba menstabilkan trafik seperti biasa dan tidak lama kemudian matdin mendapat Buffered Earning lagi hihi.. Itulah cara matdin berblogging untuk mendapatkan buffered earning dan matdin bukan hebat sangat untuk bagi tip seperti ini tetapi sekadar berkongsi apa yang telah matdin buat sehingga berjaya mendapatkan buffered earning.. itu sahaja.. Sekian terima kasih kerana sudi melawat blog matdin ini.

14 comments:

suka_haha said...

wah..tahniah..hehe

suka_haha said...

terima kasih ye.. anip pun mesti dapat jugak kan? hehe...

suka_haha said...

thx matdin.. sy pun selalu tertanya2 gak cara nak dptkan buffered earning ni. tapi yg pasal 200 UV sehari tu, kne maintain utk berapa lama matdin? lepas tu mmg kte kena tanya ke dgn pihak nuffnang sendiri kalau kita rasa kita dh layak dpt, sbb takut diorang tak perasan?

suka_haha said...

yang 200 uv tu seelok-eloknya selamanya.. lagi banyak lagi bagus.. tapi matdin sekarang x sama macam dulu dah makin sikit je sejak dapat buffered earning ni.. maklumlah cuti semester dah habis.. kalau rasa dah layak cubalah tanya nuffnang tengok apa yang diorang balas.. Tidak salah bertanya..

suka_haha said...

i xtau pape psl mnde ni.
ttbe je ade bila sy cek.
ngeeee

suka_haha said...

bila nk dpt mcm mt din gak ni

suka_haha said...

wah!! baguslah kalau ada.. ramai orang yang tunggu nak dapat benda ni hehe...

suka_haha said...

x lama lagi la tu kot hehe..

suka_haha said...

sy lg la xtau pe2...hahaha sy da nuff tp sal benda tu cmne pn xtau...haha mksud nya pe? maaf la bru je aktif

suka_haha said...

maksudnya secara ringkasnya duit lagi mudah masuk hehe..

suka_haha said...

so,kunci nye kita perlu maintainkan UV je??

suka_haha said...

rasanye tu je kot hehe... kalau ada rezeki dapatla tu hehe..

suka_haha said...

ada banyak cara nak dapatkan buffered earning ni
tapi yang penting content blog menarik minat advertiser

suka_haha said...

oo.. ada lagi ek.. baru matdin tau.. time kasih2x..