Suasana Ditempat Kerja

Thursday 8 December 2011

install windows xp, cara format laptop, cara install windows xp pada laptop cq40, cara install windows xp pada mini hp 210, driver sata ahci untuk cq40, driver sata ahci untuk mini hp 210, downgrade windows seven kepada windows xp, downgrade windows vista kepada windows xp. format windows xp, cerita blue screen, cara ubah sata kepada ata, cara disablekan sata, install windows dengan pendrive, install windows xp dengan pendrive


Apabila sudah tamat sesi pengajian tidak kiralah selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sijil kemahiran ke, diploma ke ijazah ke atau yang lain-lain tu, seperti biasa orang tersebut akan mula mencari pekerjaan yang sesuai dan berkaitan berkenaan dengan kelulusan yang dimilikinya.

Pada zaman sekarang ni, kita tidak boleh nak memilih pekerjaan sangat sebab semakin kita memilih semakin lambat dan susah nak dapat kerja. Nak buat macam mana golongan lepasan universiti terlalu ramai dan syarikat-syarikat yang ingin mencari pekerja tarlalu mudah untuk memilih pekerjanya kerana terlalu ramai golongan lepasan universiti. Maka yang tidak terpilih tu terpaksalah menganggur jika terlalu memilih pekerjaan.

Jadi kepada sesiapa yang nak pilih pekerjaan tu silalah ambil peluang yang ada didepan mata terlebih dahulu sementara mendapat pekerjaan yang diimpikan tu. Walaubagaimanapun, matdin bukan nak buat entri berkenaan motivasi tapi nak cerita pasal suasana ditempat kerja jer. dah nak buat macam mana set induksi terlebih panjang lak hehe..

Oleh sebab hari ni off, maka dapatlah matdin luangkan masa meluahkan perasaan kat blog lama yang sudah bersawang dan rasanya nak kena tukar templete lagi huhu.. Eh!! terlajak lagi set induksinya hehe.. Bila dah dapat kerja.. suasana kat tempat kerja memang baebeza dengan tempat kerja ditempat lain. Dulu Semasa buat praktikal kat sekolah suasananya dipenuhi dengan bergaul dengan cikgu-cikgu berlatar belakangkan sikap-sikap pelajar yang pelbagai kerenahnya. Zaman dulu dan zaman sekarang pun memang berbeza suasana pengajaran dan pembelajarannya.

Apabila masuk dalam industri, suasananya cukup berbeza. Suasana bising oleh suara pelajar ketika praktikal di sekolah dulu telah bertukar dengan bunyi bising pamnya, kompressornya, mesin-mesinnya dan macam-macam lagi. Sudah nak buat macam mana kerja yang berbeza memerlukan aktiviti yang berbeza dan kemahiran yang berbeza hehe.. Walaubagaimanapun rasa-rasanya jadi cikgu lagi best dan terpaksa menunggu permohonan dibuka untuk memohonnya huhu.. Disebabkan cabaran untuk mendapatkan kerja yang semakin susah, kerjalah apa-apa dulu sementara mendapat peluang pekerjaan yang diimpikan.


p/s: Nak jadi cikgu!!! Huwaa!!!!

1 comments:

Anonymous said...

http://infodotorg.blogspot.com/