Cara Pindahkan Komen Daripada Disqus

Thursday 25 November 2010

Korang rasa blog matdin ni berat tak kalau matdin guna plugin disqus ni untuk memudahkan matdin membalas komen korang ni ek? Kalau boleh matdin nak korang jawab dengan jujur sebab matdin ingat nak buang balik plugin ni sebab matdin rasa macam lambat je loading tu. Tapi Bila matdin tengok kat akaun blogger matdin, matdin tengok sikit je komen yang ada. Itupun komen semasa mula-mula belajar buat blog ni.

Bila matdin godek-godek kat akaun disqus pula, akhirnya matdin berjaya pindahkan komen yang terdapat dalam akaun disqus ke akaun blogger matdin. Jadi Harapan matdin untuk tukar templete baru sudah hampir menjadi kenyataan hehe... Selepas ni matdin ingat sudah tidak mahu gunakan plugin untuk komen lagi untuk meringankan loading blog ni ha hehe..

Cara yang Matdin buat untuk pindahkan komen tu ialah:

  • Masuk ke akaun disqus korang, selepas tu pilih admin kat bahagian atas tu dan kemudian pilih import/export dan seterusnya pilih blogger.

  • Selepas tu, disablekan dahulu butang yang sebelum ini enable dan klik perkataan click here to resync remaining comments dan tunggu sehingga semua komen dipindahkan ke akaun blogger korang.

0 comments: