Dah Nak Raya Lagi Ni.. Masa Oh.. Masa..

Wednesday 10 November 2010

Sumber Google

Baru je rasa raya ari tu.. lepas tu balik Batu Pahat Lagi.. Bila dah mula belajar macam-macam kerja yang lecture bagi.. bila dah banyak sangat masa panjang pun dah rasa singkat. Masa oh masa.. Projek Akhir pun tak siap lagi ni.. Tinggal lagi satu sem nak kena siapkan ni.. nampaknya selepas habis final tak balik la matdin huhu.. nak kena siapkan jugak ni sebelum naik semester dua ni..

Tapi takpe.. Balik raya haji nanti fikir cuti dulu cukup-cukup.. Lepas balik Batu Pahat baru fikir kerja pulak cukup-cukup. Nasib baik idea dah ada nak buat apa lepas balik sini. nanti tak adalah terfikir-fikir sangat semasa cuti nanti. Balik raya nanti bolehla fikir makan daging cukup-cukup.. haha.. Tunggu budak-budak jelah bakar.. matdin tolong makan pun takpela.. budak-budakkan suka main api hahaha...

Berbalik kepada belajar pulak.. borang praktikal pun tak isi lagi ni.. tempat praktikal pun tak survey lagi ni.. Ada siapa-siapa tahu kat mana ada tempat praktikal yang bagus kat terengganu ek? Kalau ada kat mana pulak nak cari tempat tinggal nanti.. Boleh hidup ke kat situ? hahaha... Begitulah kisah hidup matdin untuk masa sekarang.. hehe...

2 comments:

suka_haha said...

lor..luh nak praktikal ker?meh kerja ngan gua nak..org umah gua cuhti balik kampung..lu tolong jaga gua..masak untuk gua..kemes uhma..ti gua bg gaji..report lu tih gua watkan n submit kat kolej..ok??nak ..meh le..meh

suka_haha said...

keje jadi orang gaji ke? hehehe....