Cara-Cara Buat Signature Kat Blog

Tuesday, 30 March 2010

Kalau sebelum ni saya ada postkan cara-cara nak dapatkan jumlah klik untuk link affliate, kali ini pula saya nak kongsikan cara bagaimana untuk buat signature pula.
  1. Pertama kalinya tuliskan apa-apa dahulu (ayat untuk dijadikan signature) pada ruangan post. contohnya support matdin dengan klik signature dibawah( cewah!! hehe).
  2. Selepas tu masukkan apa-apa gambar contohnya gambar signature sendiri. kalau tak nak masukkan pun tak apa. Ikut selera masing-masing.
  3. klik Edit Html pada sebelah kanan diatas ruangan post ni.
  4. Korang akan nampak apa yang korang tulis tadi jadi dalam bentuk lain.
  5. Copy kesemua yang ada dalam ruangan post tu terlebih dahulu.
  6. kemudian masuk
  7. Seterusnya masuk kat bahagian Setting>Formatting>pastekan code tadi kat ruangan Post Templete>Save Setting. Kalau tak faham rujuk gambar kat bawah..




support matdin dengan klik signature kat bawah


Cara-Cara Nak Dapatkan Klik Link Affliate

Sunday, 28 March 2010

Setelah lama memikirkan cara guna link affliate ni akhirnya saya telah terfikir untuk guna blog selain daripada mempromosikan link tu menggunakan cara berforum dengan letakkan siggy kat bawah tu. Dan selepas tu saya terfikir pulak cara nak guna blog walaupun tak pernah buat blog pun sebelum ni.

Lama sudah memikirkan cara macam mana nak bagi orang klik link tu bukan nak perangkap atau tipu sebab saya pun tak suka kena tipu. Penah tak korang tengok ayat pelik-pelik tapi bila kita masuk kat situ terus masuk kat website lain. Mesti rasa tertipu kan?? Jadi saya pun terfikirlah cara untuk letakkan siggy kat blog pula hehe.. dan dalam siggy tu saya masukkan link tu sekali. Harap-harap pembaca blog ni sudi untuk support saya. Terima kasih ye..



support matdin dengan klik signature kat bawah

Makanan Kegemaran Ikut Kategori

Dalam banyak-banyak makanan yang korang paling suka, makanan apa yang paling sedap?? makanan yang takde kaki ke?? macam ikan? belut? hua3x... selalunya binatang ni tidak boleh berjalan. klau ada pun pacat haha.. ada yang suka makan pacat ke?? hehe... klau belut pula memang sedap macam keropok lekor je bentuknya haha... kalau ikan masin pula sedap buat makan dengan nasi panas lagi-lagi kalau ada kicap.
Kalau lauk daripada haiwan berkaki empat pula apa yang korang suka?? kambing? kerbau? atau kerusi macam kat atas tu?? hahaha.... selalunya saya lagi suka makan daging kambing sebab lembut kalau nak dibandingkan dengan daging kerbau sebab dagingnya tu kasar sangat. Tapi tak la kan kalau orang yang masak tu pandai masak dan daging kerbau pun cair dengannya kan. Apa-apa pun pilihan ditangan anda.


Sekarang apa kata kalau kita beralih dengan binatang berkaki dua pula hehe.. Cuba teka kaki siapa kat atas tu haha... kalau binatang berkaki dua ni korang suka masak macam mana? gorang kunyit ke?? masak merah ke?? gulai ke?? jawapannya ditangan anda..

Jadi selepas siap baca ni semua kan mesti korang rasa orang yang menulias ni mengarutkan?? sebenarnya saya tulis ni bukan untuk tujuan apa-apa pun sekadar nak isi masa bosan je kekeke... terima kasih la ye sebab sudi baca walaupun entah apa-apa kan haha...

Asyik Keluar Window Open With Bila Nak Bukak Pendrive

Friday, 26 March 2010




Pernah tak keluar kotak seperti diatas selepas pendrive atau partition
yang terkena virus telah berjaya dibuang virusnya tetapi kesannya masih

lagi tidak hilang? Biasanya pendrive yang telah berjaya dibuang

virusnya masih lagi mempunyai kesan dimana setiap kali kita buat
"double click" akan terkeluar window yang bertajuk "open with"
Untuk mengatasinya ialah:

  1. Buka notepad
  2. Taip [autorun] (taip bermula kurungan [ sampai])
  3. save as sebagai autorun.inf kat mana-mana (dekstop pun boleh) danjangan lupa letak ".inf" dibelakang hujung nama fail tu.
  4. Copy, paste dan replace sahaja fail tu dalan pendrive atau partitionyang rosak tu.

Harap membantu hehe... Kalau tak membant juga tengok gambar kat atas tu hehe...

Award Untuk Kawan-kawan

Thursday, 25 March 2010




Hadiah ni saya tujukan kepada kawan-kawan saya yang selalu lawat blog saya, kepada semua pengikut-pengikut saya dan kepada sesiapa sahaja yang sudi melawat blog saya. Walaubagaimanapun saya hanya letakkan nama-nama yang tertentu tanpa berdasarkan apa-apa.. Kepada yang tidak tersenarai tu janganlah berkacil hati sebab boleh baca ayat pertama tadi hehe..

1. dahlia
2. naddy
3. yun
4. amalina
5. jajarina
6. hafizsidah
7. malwana
8. bie
9. apiez
10. ira
11. adah
12. si para-para

Cara-cara Nak Lajukan Pc Atau Laptop




Kalau sebelum ni saya ada postkan cara-cara nak cepatkan masa logon tu hari ni pula saya nak postkan satu lagi cara untuk membuatkan window kita nampak kelihatan lebih laju lebih-lebih lagi semasa kita tekan butang start dekat bar kat bawah tu kotak yang akan keluar tu akan keluar dengan cepat. Kalau kita letakkan muose dekat all program, kotak yang akan keluar tu akan keluar dengan cepat sekali. Cara-caranya ialah dengan:

1. Start>run>taipkan regedit dalam kotak run tu.

2. Masuk pada bahagian My Computer>HKEY_CURRENT_USER>Control Panel>klik Dekstop.

3. Tukarkan nilai-nilai yang kelihatan tidak sama dengan nilai didalam gambar supaya menjadi sama dengan nilai dalam gambar. Perhatian!!! Pastikan anda buat salinan asal data-data yang sedia ada seperti dalam komputer anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pertukaran nilai.

4. Selepas siap melakukan pertukaran nilai, restart komputer atau laptop. Rasailah perubahannya. Kelajuan ini hanya dimata semata-mata bukan dari performance hehe.. maksudnya kalau sebelum ni nak main game yang berat-berat pun tersangkut, selepas ubah setting ni pun tetap tersangkut-sangkut juga hehe...

Hanya untuk window xp sahaja ya!!! hehehe....

Tag Pertama Saya

Wednesday, 24 March 2010

Blog ni ditag oleh alif

[#1] Siapakah diri anda di rumah?
seorang anak


[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
orang biasa je


[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai?
nak habis belajar cepat-cepat dan dapat kerja yang bagus


[#4] Siapakah nama pasangan anda?
compaq cq40-401ax (walaupun banyak bagi masalah tapi banyak berjasa juga)


[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
1.banyak mengajar saya rapair laptop
2.memberi pengalaman kepada saya cara nak guna nlite
3.membantu saya mencari driver laptop yang sangat susah nk cari
4.teman semasa bosan
5.banyak membantu saya menyiapkan tugasan


[#6] Bila tarikh anda couple?
tak tau(kena tanya kilang)


[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
format tak jadi-jadi tapi akhirnya berjaya dan driver susah nak cari akhirnya jumpa


[#8] Lagu tema cinta anda?
bunyi window semasa nak logon


[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
bahagian hardware tapi tak berani takut rosak


[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
- Perlu ke?? Ok la..Sesape yang kene tag ni, takde paksaan k..Dan sesape lagi nak jawab pun ok je..

Keadaan Trafik Selepas Buat Blog Walking

Tuesday, 23 March 2010

kali ni saya nak tunjukkan pada semua orang hasil selepas melakukan blogwalking. Biasanya saya lakukan benda ni dalam pukul 11 lebih, jadi bolehlah siap dalam pukul 12 lebih bergantung pada internet juga. Kalau dah memang internet laju masa tu cepatlah siap kalau tak lambatlah siap hehe.. yang trafik nampak teruk kat bawah ni trafik pada minggu lepas. kenapa ada dua hari je?? sebab saya baru je register benda ni hari tu tapi sebelum tu dah register tapi ada problem sket jadi saya register lainlah maklumlah orang baru hehe... yang mula-mula sekali tu memang sikit trafik sebab memang tak buat blog walking (bukan tak ada tapi buat sikit-sikit je hehe...)


Yang kat bawah ni trafik selepas buat blogwalking dan yang dua hari paling sedikit trafik tu memang kurang buat blogwalking juga campur mungkin ramai yang tak online hari munggu kot.. selepas buat blogwalking terus je leh cecah 200 hehe walaupun bagi korang 200 tu memang dah biasa hehe.. tapi bagi saya 200 ni memang menyeronokkan (ialah sebab sebelum ni tak pernah buat blog walking dan trafik pun sikit je).



Jadi kesimpulan yang boleh saya buat disini, blog walking sangat penting bagi menambahkan trafik kat blog kita hehe...

Nak On Pc atau Laptop Dengan Cepat

Wednesday, 17 March 2010



Sesiapa yang bosan bila menunggu laplopnye atau pc nya lambat ketika starting up tu boleh mempercepatkan tempoh masa starting up tu dengan mengubah suatu nili dalam registrynya. Cara-caranya ialah:


Start > taip regedit dalam kotak run> enter

Selepas tu masuk kat bahagian seperti kat bawah ni

HKEY_LOACAL_MECHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\ContentIndex

Selepas tu cari benda yang bernama "Startup Delay"


click 2 kali kat situ

Klik kat bahagian DECIMAL...

sekarang... default value ialah 480000

change value ke 40000....

Selepas tu restart pc atau laptop tu dan tengoklah perubahan semasa nak masuk tu hehe....

tip ni cumalah untuk window xp je. untuk window vista dengan seven saya tak jumpa lagi caranya..

Kemunculan Dajjal

Tuesday, 16 March 2010




Ini merupakan sebuah buku yang berkaitan dengan dajjal dimana menceritakan apa sahaja yang berkaitan dengan dajal dengan kehidupan kita. Untuk dapatkan buku tersebut bolehlah download buku tersebut dari sini sahaja dengan menekan klik disini.

HDMI Audio Driver

Tuesday, 9 March 2010

Kepada sesiapa yang mencari driver bunyi untuk laptop model cq40, anda bolehlah cuba driver yang telah saya uploadkan dengan klik disini.


ATI Mobility Radeon HD 3400 Series

Kepada sesiapa yang tercari-cari driver VGA untuk laptop cq40, anda boleh mencuba driver seperti yang saya telah uploadkan dengan hanya klik disini.




<--KEMBALI

Masalah Fail csrcs.exe Hilang

Monday, 8 March 2010

Jika anda mengalami masalah seperti ini dimana setiap kali on pc atau laptop, akan keluar kotak window seperti diatas, anda boleh cuba untuk mengatasinya dengan berpandukan arahan seperti dibawah:

  1. Update Antivirus awak dan buat full scan.
  2. Buka Task Manager dan cari process csrcs.exe atau csrsc.exe <--- dan End Process tersebut. Tapi kena berhati-hati dan jangan tersilap end process untuk csrss.exe, sebab takut Windows terus kong. Jika tiada abaikan sahaja.
  3. Kemudian masuk msconfig, klik tab startup, cari dan buang/disable csrcs.exe atau csrsc.exe.Jika tiada abaikan sahaja.
  4. Guna fungsi Search dan cari csrcs.exe atau csrsc.exe dalam C:/ dan delete kekal guna SHIFT+DELETE key.
  5. Kemudian masuk Start>regedit dan masuk seperti yang dibawah ni:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\WindowsNT\CurrentVersion\Winlogon\

Cari shell<-- lihat kat value dia (explorer.exe csrcs.exe) dan double klik key Shell dan delete csrcs.exe, biarkan hanya explorer.exe.

Cara Tingkatkan Ranking Dalam Alexa

Sunday, 7 March 2010

Berikut ini 4 cara untuk meningkatkan alexa rank:

1. Alexa Traffic
Langkah yang paling asas : Get lot of site traffic! Kerana Idea awal dari Alexa ranking adalah untuk menentukan website mana yang memiliki traffic paling banyak dengan menganggapkan, banyak traffic = lebih popular. Betul, Alexa pada dasarnya adalah ranking suatu website.

2. Alexa Toolbar
Menggunakan browser yang terinstall toolbar Alexa boleh meningkatkan ranking website anda. Sebenarnya bukan hanya website anda, tetapi setiap website yang dikunjungi daripada browser yang terinstall toolbar Alexa juga mendapat “point” yang akan diperhitungkan dalam ranking. Lalu, bukankah pengunjung pasti dari website anda adalah anda sendiri? Jadi, kalau browser anda sudah terinstall toolbar, maka penambahan point ranking akan terjadi secara automatik!

3. Alexa Widget
Pasang Alexa site stat widget di websitemu. Alexa site stat ini mengandungi javascript yang akan menghantarkan setiap data pengunjung (ping) ke server Alexa sehingga statistik Alexa menjadi lebih tepat. Scriptnya boleh diambil di sini sahaja. Tinggal copy paste sahaja. Tak perlu malu pasang Alexa widget yang besar, untuk mencapai hasil yang diinginkan tentunya ada harga yang harus dibayar kan? Siapa sangka dahulunya ranking berjuta-juta sekarang ranking dah makin sedikit kan?

4. Alexa Blog/Content
Tulis sedikit cerita tentang Alexa di blog anda. Webmaster dan Blogger suka cara-cara untuk meningkatkan ranking Alexa. Ya… mungkin seperti yang dibaca sekarang ini.

Diharapkan ini akan membantu meningkatkan ranking blog anda dalam Alexa