Akhirnya Jariku Merayap Rayap Diatas.. Ce Teka.. Ce Teka..

Saturday 18 December 2010


Setelah bermula program debat diraja antara ipta 2010 selama dua hari, dimana semalam adalah hari pendataran yang agak memenatkan dimana matdin kena tunggu pasukan yang matdin pilih untuk menjadi runner, akhirnya dapat jugak matdin menjadi runner untuk bahasa arab untuk pertama kalinya.

Tetapi bila masuk hari kedua, matdin terpaksa bertolak awal untuk menjemput anak buah matdin yang berada di kolej kediaman tun dr. Ismail dimana matdin perlu hantar anak buah matdin ke dewan kuliah 2 yang telah dijadikan tempat untuk roll call. Oleh kerana terdapat sedikit masalah yang matdin tak berapa pasti, pertandingan debat itu akhirnya berlangsung agak lewat sedikit daripada masa yang dirancang.

Apabila sudah pusingan pertama, peserta-peserta debat dibawa untuk makan tengahari dan seterusnya solat zohor sebelum memulakan pertandingan debat untuk pusingan yang kedua.
Bila matdin menjaga masa semasa peserta berdebat, akhirnya mata matdin menjadi mengantuk dan sempat menguap beberapa kali sebab tidak faham apa-apa kecuali salam hehe..

Matdin tengok juri tu asyik pandang matdin jer tak tahulah sebab dia rasa matdin tengah bosan ke apa.. Syok sendiri je kot(tolong mutah yer haha). Apabila pusingan kedua, peserta sekali lagi dibawa ketempat yang disediakan makanan untuk makan petang sebelum balik.

Bila sampai jer kat umah, akhirnya jari ni matdin rayapkan jugak diatas keyboard laptop yang semakin lama semakin buruk ni untuk pastikan blog ni tetap jugak ada isi baru. Sekian sahaja daripada matdin yang tidak seberapa ni kerana nafsu tidur terlalu kuat disebabkan rasa penat. Mungkin macam inilah yang dirasakan oleh orang yang sudah bekerja. Matdin teka jer.. Korang lak? Ce teka.. ce teka.. hehehe..

4 comments:

Unknown said...

wah,,hehe,,best ke bosan nieh,,haha,,klu phm xpe gak,,xpe2,,ok la tu,,,hehe,,

Anonymous said...

@iszieylyanziy
yela.. dua-dua ada hehe..

Unknown said...

igtkan apela td...haha...debat wat kat u mane?

Anonymous said...

@BezBuddy
UTHM