Kereta Yang Membiak Dan Berevolusi

Tuesday 7 December 2010



Kalau diperhatikan keadaan pada zaman sekarang ni, Harga minyak selalu je naik. harga ron95 pun naik, harga gula pun naik, apa yang tak naik? hehe.. Jumlah kereta pun naik dan boleh dikatakan banyak benda yang naik hehe.. Entri Matdin kali ni bukan nak cerita pasal kenaikan harga minyak ron95 atau kenaikan harga gula tetapi pasal kenaikan jumlah kereta yang dihasilkan oleh kilang-kilang kereta.

Kalau kita baca dalam internet ni, memang banyak sumber berkenaan kereta-kereta konsep yang telah dihasilkan. Ini bermakna kereta-kereta ini akan membiak tidak lama lagi hehe. Kalau kita tengok kilang proton pula, kereta-kereta yang telah sedia ada akan diubah suai lagi dan akan menjadi kereta yang agak sama je bagi matdin tetapi agak menariklah jugak dan nama kereta pun unik sebab kali ni kereta konsep yang telah dihasilkan oleh proton sebahagiannya bernama orang hehe. Orang-orang itu ialah Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Kang Kasturi dan Hang Jebat. Bukan sahaja Proton bernama orang tetapi Proton Emas pun ada hehe..

Proton Emas

Antara kereta-kereta yang bernama orang tu korang boleh tengok kat bawah ni.

Proton Tuah

Proton Jebat

Proton Kasturi

Proton Lekir

Proton Lekiu


Selain Proton, Perodua juga ada juga buat kereta konsep dan kereta konsep ini ialah Perodua Bezza. Gambar kat bawah ni ialah kereta konsep yang dicipta oleh Perodua.

Perodua Bezza

0 comments: