Pot.. Pet.. Pot.. Pet.. Macam tu lah reaksi orang ramai terhadap orang yang tidak dapat memuaskan hatinya.. hehe.. nak buat macam mana bila rasa marah tak nak dikawalnya. Raa marah dilepaskan dengan sewenang-wenangnya. Mengumpat adalah salah satu cara terbanyak yang disukai oleh oleh orang ramai. Ini kerana mengumpat adalah salah satu cara yang membolehkan seseorang itu dapat makan hehe..
Korang tahu tak apa yang korang dapat makan nanti? hehe.. Peringatan ni matdin tujukan kepada semua orang yang suka mengumpat dan diri matdin sendir kerana sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Apa yang matdin perhatikan daripada keadaan sekeliling, matdin selalu mendengar orang mengumpat, apabila bercerita dengan rakan-rakan, mengumpat ni boleh diibaratkan sebagai sos atau ajinamoto kerana tanpa mengumpat isu yang diceritakan menjadi sejuk atau tidak hangat dan tidak sedap.
Berkenaan dengan memaki pula, Matdin selalu mendengar benda ni semasa menonton tv lebih-lebih lagi semasa tengok bola.. Apa yang matdin selalu dengar Bodohlah.. Bengong lah dan macam macam makian yang dilemparkan kepada pemain tu seolah-olah orang yang memaki tu lagi hebat dari atlet tu sendiri lak hehe.. Tapi kalau nak dibandingkan kehebatan dan stamina pemain tu dengan si pemaki tu memang jauh pun bezanya. Si pemaki tu tak sedar diri kah? hehe.. Si pemaki tu tak ukur baju di badan sendiri kah? hehe..
Kepada si pengumpat dan pemaki tu, matdin harap sebelum korang mengumpat atau memaki orang lain tu, tengok-tengoklah diri korang dulu sebelum melaksanakan hajat tu dan cuba fikir apa perasaan korang kalau korang berada pada tempat diorang. Matdin tak tahulah kalau korang rasa seronok kalau kena maki dan mungkin sebab tu korang suka maki orang.
Entri ni Matdin tujukan kepada orang yang suka mengumpat dan memaki jer hehe.. yang tak terlibat jangan terasa yer hehe..
Mengumpat Dan Memaki Penyedap Mulut?
Friday, 3 December 2010
Labels:
Atlet,
hangat,
Mengumpat,
Penyedap rasa. Maki,
sejuk,
tidak sedap,
ukur baju
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
bagus entri matdin ni...
mumme muak nak masuk FB sbb byk betul dosa2 free di situ...tolong lah jgn jdkan FB tempat serangan peribadi.sekali kita menjatuhkan maruah org di situ/di mana2,org x kan lupa peribadi buruk yang kita pertayangkan itu...
setiap perkataan itu adalah doa.
so,kena jaga mulut dan perkataan kita.
@MumMe
ada juga orang yang cakap bila kita sakitkan hati orang sekali orang akan lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan pada masa hati tengah panas tu..
@Nama Saya Syafiqah
betul2 hehe..
Ini kerana daya tarik rancangan TV seperti melodi yang memang menyediakan rancangan utk mengumpat atau menggosip hal org lain... jadi ramailah yang terikut-ikut... hahaha...
@Norgadis Labuan
yer la.. nanti nak kena buat post pasal ni jugak ni.. hehe.. bukan ngumpat ek hehe..
Post a Comment