Jom Follow Twitter Matdin
Thursday, 9 December 2010
Matdin sebenarnya tak berapa reti sangat main twitter ni. Facebook pun tak reti jugak. Dulu masa mula-mula belajar, time tu matdin ambil diploma. Tengok orang main friendster langsung tak tau apa ke friendster tu. bila sudah ada orang ajar sikit-sikit rasa macam best lak. Lepas je register friendster tu, terus add orang itu, add orang ini, macam orang tak tahu malula katakan. Yelah main add jer haha..
Bila myspace muncul lak, matdin dah jarang main friendster ni, bila main myspace, makin lama makin menjadi lebih-lebih lagi bila ada orang ajar main game mafia war. Wuahh!!! masa tu memang bestla. Matdin pun tak tahu dah nak beli apa sekarang ni. Duit banyak sangat sampai tak tahu nak buat apa dah hehe..
Selepas tu muncul lak facebook. Masa tu bila join ramai betul yang add matdin.. eceh!!(tolong muntah jap) haha.. Masa tu ada satu game yang buatkan matdin suka main facebook. Game tu game lumba kereta. Matdin main game tu sampai dapat kereta bugatti veyron dah. memang laju r kereta tu. Senang sangat nak menang haha.. Lepas dah bosan main game tu, matdin pun dah kurang dah main facebook. Kejap deactive, kejap aktif balik..
Lepas tu matdin buat akaun tagged jugak tapi tak suka sangat pasal dah tak boleh letak url kat tagged. Rasa tak best dah tagged ni. Sekarang ni matdin tengah cuba berjinak-jinak dengan twitter lak ni. matdin dah lama buat akaun twitter tapi username tu matdin dah lupa dan memang tak reti pun guna benda ni masa mula-mula belajar benda ni, Hari ni, matdin buat satu akaun lagi dan username yang matdin guna kali ni memang matdin dah selalu guna. Harap ramai yang sudi jadi follower matdin yer dan Matdin sebenarnya baru nak belajar guna benda ni hehe..
Labels:
bugatti veyron,
facebook,
friendster,
myspace,
tagged,
twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Matdin..tumpang skaki..hahah
Jom foolloo saya jugak kat twitter..
http://twitter.com/norfa_lyana
hehehe
@Norfa Lyana
Bukan dah follow ke hehehe...
twitter tu ape?haha
@ dieabella
ala.. lebih kurang macam facebook jugak hehe..
Post a Comment