Halal Haram ASB

Sunday 5 December 2010


gambar dari google


Matdin ingat nak jugak join benda ni. tapi apabila fikir-fikir dan dengar cakap-cakap orang rasa macam konfius pulak dah. Daripada pembacaan matdin daripada blog-blog orang lain, memang ramai yang melabur dengan asb ni. matdin rasa yakin sikit. Tetapi bila matdin dengar ada orang cakap benda ni haram, matdin pun konfius jugak, Daripada sumber yang matdin rujuk tu macam perbincangan mengenai halal haram jugak, matdin tengok komen-komen tu ada yang cakap halal dan ada yang cakap haram, siap ada orang cakap "Jelas dinyatakan dalam Al-Quran RIBA itu haram.

Surah Al-Baqarah Ayat 275 Hingga 279(Tengok terjemahan/tafsir kalau anda tak faham bahasa Arab)"

yang tu matdin copy paste je ek. tu komen salah seorang daripada orang yang komen tulah.


Selepas tu, bila matdin baca komen yang sebelum ni ada yang cakap fatwa daripada negeri tertentu yang mengatakan asb itu halal dan ada jugak fatwa dari negeri tertentu yang mengatakan ntah.. matdin pun tak tahu nak cakap macam mana. Korang boleh rujuk kat sini untuk baca dengan lebih jelas apa yang matdin maksudkan.

Selepas tu, Bila matdin terfikr balik pasal benda ni, matdin jadi konfius dah sebab ingat nak join jugak. last-last matdin bukak website JAKIM dan terus cari mana-mana butang yang boleh diklik untuk bertanya. Butang tu korang boleh tengok kat bawah ni.

Tetepi bila matdin klik butang ni ada keluar kotak yang macam ni. korang boleh tengok seperti kat bawah pulak.

Tetapi takpe.. nasib baik ada tulis email untuk buat pertanyaan.. hehe.. matdin pun email jelah kat situ. Dan sekarang tengah tunggu balasan darripada diorang pulak hehe.. Nak jugak tahu macam mana reaksi diorang tu hehe..

6 comments:

Cik Aqilah Wardah said...

salam.. pasal ASB ni, mmg wardah ade denga jugak ade pihak jabatan agama islam negeri tertentu yg bri fatwa ia halal..

tp, bg wardah, mudah je..
hadith Nabi da jelaskan isu halal haram ni.. "sesungguhnya halal itu jelas, dn sesungguhnya haram itu jelas.. dan perkara di antaranya adalah perkara yg shubhah (yg diragukan).."

diterangkan lebih lanjut jugak dlm hadith ni yg mane kbanyakan yg shubhah itu lebih dekat dgn haram..

yakilah pd hati utk ikut yg mane.. :)

kalo wardah, wardah x involve.. :)

wallahu a'lam.. sekadar berkongsi.. :)

cik mas said...

dh dapat taw nnti buat entry bg taw semua org ye... :)

bagus juga kamu peka..sbb cikmas tak terfikir plak.huhu

suka_haha said...

@waRDah @ QiQi
oo.. tu r.. tapi kalau dah yakin barulah boleh buat keputusan dengan tenang.. takdelah nak terkenang-kenang lagi nanti hehe..

suka_haha said...

@♥..cik_mas..♥
Insyaallah... Kalau dapat jawapannya nanti matdin buatlah satu entri untuk bagitahu orang ramai pasal benda ni hehe.. Biar semua tahu dan betul-betul yakin akan halal atau haram benda ni.. Kena tunggu keputusan dulu. Tapi Matdin tak tahulah akan dapat jawapannya ke tak hehe..

maverick said...

bro...ni pendapat akulah kan...setakat ilmu yang aku tau:
1.Riba dikire sekiranye pelabur tahu berapa keuntungan yang akan kite dapat. Contohnye setahun 10%.Kita dah tau dah bila kita labur seribu kita akan dapat seratus. Tapi ASB tak sebab keuntungan akan dikire tiap-tiap kemudian dibahagikan kepade setiap pelabur.kdg2 dpt 9%, kdg2 dpt 7%.
2.Yang menjadi shubhah atau ragu2 dengan ASB ni sebab kita tak tau kat mana die laburkan duit yang kita bagi...kat tempat judi ke, kilang arak ke...bila die laburkan pade tempat macam tu, maka itu jadi haram duit ASB tuh...

Pendapat akulahkan...
mytalkthetalk.com

suka_haha said...

@maverick
tapi matdin ada jugak dengar kalau sedikit duit haram bila dicampur dengan banyak duit halal ia akan jadi halal tapi tak tahulah berapa peratus yang halal dan berapa peratus yang haram.