Dengki Dengan Tak Puas Hati Dan Macam-Macam Adegan

Thursday, 16 December 2010


Agak-agak korang dengki dengan tak puas hati dua benda yang tak sama tak? Ce teka.. haha.. Bagi Matdin dua benda ni macam sama je. Dengar orang cakap benda inilah penyakit hati yang bahaya yang kadang-kadang boleh menyebabkan orang berbalah, bergaduh dan sanggup berbunuh-bunuhan walaupun diorang ada akal.

Bila sampai je ayat last perenggan pertama tadi barulah matdin rasa penyakit ni memang betul-betul berbahaya walaupun pada mula-mulanya matdin cuma nak tulis main-main je. Kalau kita rujuk utama maklumat harian atau baca akhbar tak kiralah utusan malaysia ke, harian metro ke, berita harian ke, tapi bila ditilik-tilik surat khabar tu, matdin rasa setiap hari ada kes pembunuhan. Sama macam kes buang anak jugak.

Yang sanggup berbunuh-bunuhan tu agak-agak diorang baca surat khabar tak ek? dan hari ni bila matdin baca harian metro masa makan tengahari tadi ada lagi kes yang macam dah biasa keluar dalam surat khabar dimana adegan dua kanak-kanak, adik beradik pulak tu dan dipercayai ada pihak ketiga yang merakam perbuatan diorang tu.

Baiklah.. Matdin tak nak hurai panjang pasal benda tu dan matdin saje jer tulis tajuk macam tu sebab matdin nak tulis macam tu hehe. Kadang-kadang ada jugak dengki dan tidak puas hati yang boleh membawa kebaikan. Contohnya jika seseorang tu tengok orang lain berjaya tetapi dia tidak puas hati dengan dirinya sebab tidak berjaya dan mahu menjadi seperti orang yang berjaya itu, orang itu selalunya pasti akan berusaha untuk mencapai cita-citanya untuk menyamai orang yang berjaya itu atau mahu lebih dari itu.

Bukankah itu satu dengki atau tidak puas hati yang boleh membawa kebaikan? Ce teka.. Ce teka? hehe.. Matdin rasa setakat ini dululah entri matdin yang semakin lama semakin pendek ni. Mungkin lain kali boleh menjadi panjang sikit kot

14 comments:

ab@h_Izz said...

serupa...tapi tak sama.Yg mana baik jadikan teladan....

anuarena said...

betul tu mat...penyakit hasad dengki ni sememangnya sangat bahaya...
samalah bahayanya dengan barah atau kanser....pernah terfikir apakah ubat mujarab penyakit hati?
jawapannya kembalilah kepada agama kita....berpandukan al-Quran dan sunnah...

Anonymous said...

@abah_izz
Betul3x hehe..

Anonymous said...

@anuarena
Betul3x.. nua memang pandai hehe..

anamizu said...

mmg bahay penyakit hati cmni..
boleh rosak smua agenda (T__T)

Faizal said...

yang baik itu datangnye dari ALlah.. yang buruk itu datang dari diri kite sendiri....

~yeah~

Anonymous said...

@anamizu
ye kot hehe..

Anonymous said...

@Payche
betul dah tu hehe..

Sri Ayu said...

Org yg berperangai macam ni menyebabkan pergaduhan di dalam masyarakat. Org ni sentiasa rasa tak puas hati pd org di sekelilingnya.Jadi kite elakan bergaul dgn org2 seperti ini...nti kite pn akan jadi stress dlm kerjaya dan kehidupan.

Anonymous said...

bagi aku sume org should control ourselves la...xyahla sampai nak bergadu ke nak membunuh ke...its not necessary la..better masing2 improve diri masing2...lagi baik...mentality tu kene btolkan :D

Anonymous said...

pHd ni bhye gak kn,,hehehe

Anonymous said...

@Sri Ayu
Bergaulah dengan orang yang baik-baik. mudah mudahan hati kita jadi senang dan ceria selalu hehe..

Anonymous said...

@BezBuddy
Betul tu diea hehe..

Anonymous said...

@iszieylyanziy
betul-betul.. tengok jugak phd jenis apa haha..