Minat Kat Emak Dengan Bapak Ikan

Tuesday 14 December 2010


Wahh!!! Lama dah rasa tak main air kat muara ni. Bila tengok orang memancing, rasa nak memancing jugak. Bila lagi nak Mengorat bapak dengan emak ikan ni hehe.. Bila duduk jauh dengan rumah macam nilah jadinya. Kalau kat rumah ada jugak ada jugak batang joran yang boleh guna bawak pergi mancing, tapi bila duduk kat Batu Pahat ni dapat tengok orang mancing jer. Nak beli batang joran lain rasa macam rugi jer. Nak beli umpan lak takut ikan tak makan pulak. Umpan belalang tak adalah pulak nampak dijual kat kedai hehe..

Kalau nak diceritakan pasal bab-bab mancing ikan ni, matdin bukannya reti sangat mancing. Orang cakap guna anak udang, anak udanglah matdin guna. Tapi bila guna anak udang, anak ikan pulak yang makan. Ikan tak dapat, anak udang pulak entah kemana. Mungkin memancing ni boleh ajar orang yang tak reti bersabar kot hehe..

Kepada sesiapa yang tak reti bersabar tu, matdin rasa banyak-banyaklah pergi memancing sebab memancing ni dakang-kala banyak menguji kesabaran kita ni. Tapi bila dapat je ikan mesti rasa sangat seronok. Teringat pula masa zaman kecik-kecik dulu semasa memancing dengan pak cik matdin hehe..

Masa kecik-kecik dulu matdin penah dapat sekali je ikan. Masa tu first time matdin mancing ikan guna mata kail haha.. Masa ikan makan umpan matdin tu, matdin langsung tak sedar, tapi bila matdin angkat joran masa nak pindah tempat tu, ikan yang melekat kat mata kail pada joran yang matdin guna tu terus terpelanting, maklumlah tak sedar ada ikan. Kalau matdin tahu ada ikan matdin angkatlah pelan-pelan hehe..

Berbalik kepada ikan yang terpelanting tu, selepas ikan yang melekat kat joran matdin tu teepelanting, ikan tu terus melayang-layang dan melekat kat atas dahan pokok sebab masa tu matdin mancing bawah pokok hehe.. Bukan apa, mancing bawah pokok ni memang best sebab tak kena panas hehe..

Lepas daripada kejadian tu minat matdin untuk memancing ikan sudah luntur sehinggalah matdin praktikal di Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung. Pada masa tu, matdin tinggal dengan orang yang suka memancing. Bila tengok kat bilik diorang tu, matdin rasa macam seronok lak sebab banyak batang joran yang disusun atas rak kot hehe.. Bila matdin tengok umpan yang diorang guna, matdin tak tahulah umpan apa yang diorang guna tapi macam plastik jer, warna biru kot kalau tak silap, matdin rasa tertarik lak untuk memancing ni.

Matdin simpan je dulu minat tu sampailah matdin tengok adik matdin beli batang joran. Masa tu, matdin rasa nak memancing balik dan matdin ajak adik matdin temankan matdin ke bandar beli joran hehe.. Selepas jer ada joran sendiri, rasa nak mancing tu terus tak luntur sehinggalah sekarang. rasa macam tak sabar je nak balikmancing ni. Adik dah takde kat rumah, Kena ajak kawanlah pergi memancing lepas ni nampaknya hehe..

4 comments:

muny lily said...

hahahhaha..sian ikan 2 jd tarzan kat pokok plak...abg2 ipar cik pon kaki mancing..smpai akak2 cik ugut nak anta tilam bantal kat kolam mncing klau depa blik lmbt sngat :)

Seri Bahasa said...

kaki pancing ni susah sikit. bila time minat naik kadang pulang sampai larut malam. tapi kaki pancing kata mancing udang lagi best.

Anonymous said...

@cik lola
wah!! bagusnye kak cik.. siap nak hantar tilam sekali hehe..

Anonymous said...

@Seri Bahasa
Kalau nak mancing udang kena pergi kat tempat ada buaya hehe..