Bermain Dengan Air Terjun di Bekuk
Monday, 6 December 2010
Seperti biasa bila dah tak tahu nak buat apa dan bosan sangat, idea bukan-bukan selalunya akan timbul. Perancangan yang tak dijangkakan akan wujud disebabkan tak ada benda lain dah nak buat ni hehe.. Kali ni Matdin dan kawan-kawan telah berkunjung ke suatu tempat yang ramai orang suka bemain dengan air terjun kat Bekuk hehe.. Antara ramai-ramai orang dalam gambar kat atas tu korang rasa matdin yang mana satu hehehe... Cuba korang teka.. Kalau nak lihat dengan lebih cubalah klik gambar tu untuk pembesaran.. itu pun kalau dapat sebab matdin dah resize gambar tu jadi size 400px x 300px dah hehe..
Lagipun kalau korang cari gambar matdin kat dalam gambar tu memang korang takkan jumpa sebab gambar tu matdin yang ambil hehehe... Kalau korang nak tahu gambar kat bawah nilah gambar matdin. Ala yang pakai spek mata oakley ni ha.. frog skin tu!! tapi orang punya kekekeke..
Gambar yang korang tengok tu sebenarnya gambar yang diambil semasa mula-mula nak naik kat atas sikit. Masa tu kitorang baru sampai kat Bekuk baru nak naik tu... Selepas tu kitorang jalan-jalan kat tempat tinggi untuk mencari lokasi yang sesuai untuk mandilah bukan untuk berkelah ek hehe.. dan gambar kat bawah ni gambar gambar kawan matdin dengan tempat mandian pertamanya. Suka sangatlah tu dapat tempat nak main air kekeke...
Selepas diorang ni tengah mandi, matdin dan kawan-kawan lain naik kat atas lagi cari tempat lagi best, cari kawasan yang banyak air hehe.. Akhirnya selepas berpenat-lelah naik kat atas tu, akhirnya kitorang jumpa juga tempat yang diidam-idamkan tu. dan reaksi mereka selepas mandi kat tempat idaman tu korang boleh tengok kat gambar kat bawah ni pula hehehe... Maaf ye kawan-kawan.. gambar terpaksa diedit sebab nak bagi tutup aurat kekeke...
Selepas kitorang dah puas mandi, kitorang pun turunlah kebawah balik.. untuk apa? untuk baliklah hehe..
Labels:
air terjun,
banyak air,
seronoknya,
spek mata,
Tutup Aurat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
wah!! bestnye mndi kat air terjun,,,,sejukkkk,,heheh
@iszieylyanziy
yela.. sejuk sampai menggigilgilgilgil kekeke...
best nye matdin!!cik lg suke jd badak berendam kt sungai atau air tejun brbnding laut...more relax..
p/s:best la matdin dgn kwn2 cuci mata yeee
dengki kat korg g mandi2 x ajak aku.. pantang betol.. hahahahaha...
Terbaru dari Asrol Mania:
~ Kecik-kecik Da Otak Bisnes | Anak Sape Ni?
~ Fogging / Semburan Aedes Tak Kena Pada Waktu | Apa Kata Anda?
~ 12 Kesilapan Kita Berblogging
Jangan lupa follow..
dah lama xpergi mandi air terjun..
jehehehee
bechnyer..alin xpat wat paper agi kaki patah... tunggu 16 disember nanti bwu dapat pngesahan doktor tuh powm xtau agi result....kaki da gatai nak jalan
@Asrol Mania
hehehe.. best betul tu hehe..
@mie
sekali sekala best jugak.. kalau selalu nanti bosan lak hehe..
@cik lola
yela.. berendam kat laut nanti jadi hitam hehehe..
@me
takpe.. nanti dah sembuh garulah kaki tu puas-puas hehe..
saje jerk ko kan... xpe2.. aku plan nk g kat FRIM. hehehe.. jangan jeles...
btol2...stuju dgn cik lola..sngai lbh mnenangkan dan tendang mata memandang
@Asrol Mania
Wahh!! tempat pe tu? best ke? hehe...
@izzatfullah
matdin pun suka sungai.. silap-silap boleh bawak joran sekali kekeke...
alohhh awat tak ajak nak pi mandi air terjun? sy pun nak terjun sama sekali... hhuhuh
air terjun gak.. kat hutan simpan kepong lau x silap.. kikiki..
@Ain Zulaikha
takkan ain nak mandi dengan orang laki kot kekeke...
@Asrol Mania
owh!!! macam best je bunyinye hehe...
pergh..g mandi tak ajak!
pergh syok nye kome...teman baru sekali je sampai ke bekok..bile lagi nk sampai pun xtau la
@manggosteen
eh!! yang baju biru tu sape lak? eh!! wat2 tak ada lak dah hehe..
@dayangredzuan
seri la kite hehe..
Post a Comment