kritik : Jeles - Cemburu - Sakit Hati - Kedekut - Egois

Friday, 3 December 2010

mR gee ni merupakan seorang blogger yang berasal dari Dungun, Terengganu. Wah macam nak karang skrip untuk pembaca berita pulak dah hehe.. Permintaan mR Gee kali ni rasanya macam pelik sikit dimana matdin diminta memberikan pendapat berkenaan penyakit hati seperti yang tertera pada tajuk entri ni hehe.. Untuk pengetahuan pembaca, matdin bukanlah seorang yang cukup sempurna untuk menberikan pandangan seperti diatas sebab matdin sendiri pun ada jugak penyakit seperti diatas tu.

Tetapi, oleh sebab matdin pun ada penyakit tu, Matdin rasa sesuai jugak kalau matdin kongsikan pengalaman matdin semasa mengalami penyakit tu kan? kekekeke... Tetapi matdin tak kisah sangat atas permintaan tersebut kerana pada Matdin ianya memang bagus untuk dikongsikan bersama. Matdin rasakan permintaan mR Gee ni memang permintaan yang sesuai untuk ditulis oleh kebanyakan blogger. Entri seperti ini matdin rasa terbaik sebab boleh berkongsi pendapat sekaliguss boleh dijadikan isi perbincangan untuk mengisi masa lapang dan sememangnya lebih elok daripada membongkar keburukan orang lain.

Berkenaan dengan jeles, Matdin rasakan jeles ni macam sama jer dengan cemburu dimana perkataan ini matdin rasa ianya berasal daripada perkataan bahasa inggeris iaitu jelous hehe.. cuma perbezaannya dengan cemburu ialah ejaannya je kot tetapi maksudnya pada matdin masih sama.

Berkenaan dengan sakit hati ni, matdin pun pernah terkena penyakit ni. Wahh!!! banyak tak penyakit yang matdin penah rasa hehe.. Penyakit ni akan menyebabkan hati kita cepat panas dan mudah untuk mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang jugak. Oleh itu, matdin rasa penyakit in boleh berjangkit melalui kata-kata dan jugak perbuatan seseorang yang sedang mengalami penyakit ini je hehe.. Untuk menrawat penyakit ni, Matdin akan buat tak tahu jer hehe..

Kedekut jugak merupakan salah satu penyakit yang boleh menyababkan diri kita sendiri menjadi susah pada masa akan datang. kalau kita ada sikap ni ketika kita masih mampu untuk tolong orang, nanti apabila tibanya masa kita susah nanti orang pula yang akan susah nak tolong kita. Kepada sesiapa yang ada penyakit ni, korang kena beringat-ingatlah sedikit sebab kita bukannya selalunya senang dan orang yang susah tidak selalunya susah.

Egois pula bagi matdin boleh menyebabkan seseorang yang mengalami penyakit hati itu susah untuk pulih. Sebagai contoh, apabila seseorang itu sakit hati pada seseorang itu, masalah yang timbul itu akan susah untuk diselesaikan kerana egois itu akan menjadi panghalang kepada seseorang itu untuk menyelesaikan masalah yang timbul ni..

Itu sahajalah pandangan Matdin terhadap penyakit hati ni hehe.. Harap maklum dan diharapkan maklumat yang Matdin kongsikan ini boleh memberikan manfaat kepada semua hehe..

10 comments:

+dieabella+ said...

igatkn penyakit hati betol2 td..hehe

iszieylyanziy said...

banyaknye penyakit hati!! same lah ngn kite,,hahaha

suka_haha said...

@iszieylyanziy
ubatnya pe tu? hehehehe...

suka_haha said...

@ dieabella
hati betul gak tu hehe...

momoyyanyzz said...

chaiyook !! ahaha , tntg hati pulak ,

suka_haha said...

@momoyyanyzz
wuah!! terima kasih yer.. sudi gak komen kat sini hehe..

mR Gee.!! said...

tenkiu2...

nampak nyer kiter lebih kuang sependapat.... sekaPaL.. hehehe

cik lola said...

congestive heart failure :)

suka_haha said...

@mR Gee.!!
senegeri jugak hehe..

suka_haha said...

@cik lola
bukan sakit jantung hehe..