Skuasy Wanita Negara Tempat Ketiga Lagi

Sunday, 5 December 2010


Sumber dari google

Wah!!! Sebelum ni matdin ada buat entri pasal tenis tapi kali ni matdin nak buat entri pasal skuasy pulak hehe.. Skuasy wanita negara kita nombor 3 lagi.. Itu pun setelah menang 2-1 dengan pemain tuan rumah di Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia di Palmerston North, New Zealand. Bagi Matdin tak apalah tu sebab usia manusia ni semakin maningkat dan apabila usia semakin meningkat banyak kekurangan yang akan timbul, bukan selalnya boleh berada diatas. Betul tak? hehe..

Pasukan negara yang ditewaskan New Zealand di peringkat kumpulan sebelum iniiaitu Sharon Wee tunduk kepada Shelley Kitchen 11-5, 11-9, 11-6 dalam perlawanan yang mengambil masa 28 minit. Selepas itu mata pertama negara kemudian disumbangkan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David yang tidak menghadapi sebarang masalah untuk sekali lagi menewaskan Jaclyn Hawkes 5-11, 6-11, 5-11.

Harapan negara kemudiannya diletakkan kepada Low Wee Wern dalam perlawanan penentuan dan set pertama agak yang mencemaskan apabila pemain negara itu cuba memberi cabaran sengit kepada Joelle King sehingga mengheret aksi ke mata dius tetapi tetap kalah dengan pemain ranking ke-17 yang menang 13-11. Namun pemain negara yang baru saja menduduki ranking ke-15 itu tidak memberikan peluang dalam set seterusnya apabila memungut mata kemenangan negara dengan 2-11, 8-11, 1-11 dalam perlawanan yang mengambil masa hampir satu jam.

Rujukan daripada berita harian online. hehe...

Apa-apapun, matdin ucapkan tahniahlah sebab telah berusaha bersungguh-sungguh walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama sebab biasalah tu.. Adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. kalau kita tidak menang, kita kalah, kalau tidak kalah bermakna kita menang, kalau main bola sepak macam liga ke ada seri hehe...

5 comments:

khairunnisa ♥ said...

arigato ^__^ tunggu result ni

J.M.R said...

ak taknah men skuasy tp aku bangga ngn pencapaian skuasy negara kita..nicol!

suka_haha said...

@khairunnisa ♥
sama-sama hehe..

suka_haha said...

@J.M.R
yerlah.. Kalau matdin mesti tak dapat jadi macam tu.. stamina matdin lemah sikit hehe..

ASSOYFINGER67 said...

Ingat datuk kalah tadi huhu..lega..tahniah malaysia...