Minggu Yang Memenatkan

Sunday 19 December 2010


Wah!! penatnya rasa minggu ni. Nak buat macam mana memang matdin pilih nak join benda ni. Lagi pun dapat jugak pangalaman macam mana menjadi runner dalam pertandingan debat ni. Walaupun matdin penat, matdin rasa peserta-peserta debat mesti lagi penat daripada matdin sebab diorang datang daripada jauh ketempat matdin.

Sejak mula menjadi runner daripada semalam, matdin sudah mendapat pelbagai pengalaman sebagai penjaga masa dan juga membuatkan bunyi pada minit ketiga, keenam, ketujuh dan seterusnya. Sudah bermacam cara matdin gunakan untuk menghasilkan bunyi tu bermula dengan mengetuk meja dengan tangan dan juga loceng pinjam pada pusingan pertama.

Pada pusingan kedua pula, matdin menggunakan marker menggantikan loceng sebab loceng sudah tiada hehe. Pada pusingan Ketiga, matdin mula menggunakan dua sudu menggantikan loceng sebab bunyinya seakan-akan seperti loceng. Walaubagaimanapun, amat memalukan sebab bunyi yang dihasilkan menggunakan sudu terlalu perlahan. Wah!! malu gile matdin hehe.. Selepas itu, matdin kembali menggunakan cara mengetuk meja dengan marker kerana bunyinya lebih kuat daripada menggunakan sudu.

Pada pusingan ketiga, matdin cuma menggunakan marker sebagai pembuat bunyi sehinggalah tibanya pusingan keempat. Setibanya pusingan keempat, matdin kembali menggunakan loceng sebab pada masa tu loceng pinjam ada kembali. Memang seronok jugak dapat main loceng ni hehe.. Memang tak puaslah haha.. Kepada sesiapa yang nak jadi runner untuk pertandingan debat tu, korang tak perlulah teragak-agak sebab memang banyak pengalaman yang korang boleh dapat samada pengalaman pahit ataupun manis.

Sekian sahaja daripada matdin dan terima kasihlah kerana sudi membaca entri matdin yang tidak seberapa ni kerana matdin berasa kurang rajin sikit kebelakangan ni hehe.. maaf yer kawan-kawan hehe..

9 comments:

muny lily said...

wahh best nye..mat din da x maen2 mata dgn peserta ?? hehe

Anonymous said...

@cik lola
Eleh cik lola ni.. mcm penah jer hehehe...

atiqa aris said...

da nme pon runner mestila pnat.heho

ong ong kedek kedek said...

Salam kenal,
entry yg best...
nape x hentak2 kasut je utk ganti loceng? ha3

Unknown said...

amboi2x,,hahaha,,,best what,,,jeles lah,,hehehe :P

Anonymous said...

@atiqa aris
yela.. runner kan pelari kan? hehe.. matdin teka jer hehe

Anonymous said...

@HASRUL NIZAM
Nanti juri tu tengok matdin pelik lak kan!! hehe..

Anonymous said...

@iszieylyanziy
Isz joinlah sekali hehe..

anuarena said...

sememangnyer best kan matdin...hahahahhah... apa yang penting kerjasama.... kerjasama dengan peserta, kerjasama dengan runner, dan ajk yang lain...sangat penting....